PENEMAN

Kami menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan kepada pelanggan terutama warga tua dan orang kurang upaya agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. 

MISI

Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan kepada pelanggan terutama warga tua dan orang kurang upaya agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. Perkhidmatan peneman kami, serta pengasuh yang penyayang dan berdedikasi akan sentiasa bersama orang yang tersayang tanpa mengira jarak dan masa.

Kami menyokong dan menggalakkan pelanggan kami menjalani gaya hidup bebas dan berdikari dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan dan peneman  yang turut bersama mereka sepanjang tempoh untuk menawarkan bantuan dan sokongan dalam menjalankan aktiviti harian.

Kami menyediakan penjagaan yang terlatih dan profesional dan juga perkhidmatan pelanggan yang komprehensif bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan akan terjaga sepanjang masa.

Kami tahu apabila anda membuka pintu kepada kami, anda membenarkan kami dalam kehidupan anda. Itulah sebabnya kami menawarkan pendekatan holistik kepada perkhidmatan peneman dan penjagaan yang cekap dan inovatif. 

Kami komited dalam memberikan penjagaan khusus yang memenuhi dan melebihi jangkauan pelanggan kami. Kami menumpukan perkhidmatan kami kepada pelanggan kami 24/7, 365 hari setahun.

Siapa Kami?

Kami di Teman-CARE menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan kepada pelanggan terutama warga tua dan orang kurang upaya agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. Ianya merupakan alternatif yang terbaik apabila anda tidak selalu ada untuk menjaga dan menyokong orang yang anda sayangi disaat umur mereka yang semakin meningkat. Peneman warga tua amat diperlukan bagi memantau keselamatan dan kesihatan mereka atau sekadar hanya untuk menemani dan memberikan bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian.

Testimoni

Mereka sangat cekap dan profesional. Mereka berjaya membawa saya ke temujanji dan tepat pada masanya dan juga merupakan sahabat yang sangat baik dan jelas mengambil berat tentang menyediakan perkhidmatan yang luar biasa. Perkhidmatan ini bukan hanya untuk warga tua sahaja! Saya seorang profesional aktif yang memerlukan kemudahan pengangkutan untuk temujanji ke klinik/hospital.

Nurul Majdina

Saya beri 5 bintang untuk Teman-Care! Dikala saya tidak dapat berjalan dengan baik akibat ACL dari bermain futsal, merekalah yang banyak membantu dan menemani saya berjumpa doktor sepanjang bulan. Mereka juga terdiri dari golongan muda dan ianya amat mudah bagi saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Bravo!

Zakwan Arif

Mereka sangat mengambil berat dan layanan yang diberikan adalah 'first class'. Ibu dan ayah saya sangat menghargainya. Teman-Care mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk menceriakan hari orang tua saya dan akhirnya menjadi seperti salah seorang daripada ahli keluarga kami.

Syahmi Fikri

Tempah sekarang!

Hubungi kami di talian 013-334 5668

Atau, mesej kami jika ada sebarang pertanyaan:

logo_black.jpg

Bandar Baru Bangi

43650, Selangor

© 2019 by Teman-CARE. 

  • Facebook Social Icon