Perkhidmatan

Kira-kira seramai lebih 1,400 warga tua termasuk yang kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa menghabiskan sisa hidup bersendirian dan bergantung kepada ihsan orang luar untuk membantu mereka menguruskan kehidupan. Kebanyakan warga tua itu dalam keadaan demikian kerana anak atau waris terlalu sibuk untuk memantau keadaan mereka.

Apabila umur kian meningkat, sahabat handai mahupun keluarga tersayang akan mempunyai komitmen yang tersendiri, ada di antara mereka yang akan berpindah jauh dari kita, dan ada juga yang meninggalkan kita atas seruan Ilahi. Sekiranya perkara-perkara ini terjadi, apakah yang akan anda lakukan? Kepada siapakah akan anda berpaling bagi membantu menguruskan kehidupan seharian? 

 

Dan sebab itulah kami di Teman-CARE menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan kepada pelanggan terutama warga tua dan orang kurang upaya agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. Ianya merupakan alternatif yang terbaik apabila sahabat handai mahupun ahli keluarga tidak selalu ada untuk menjaga dan menyokong orang yang tersayang disaat umur mereka yang semakin meningkat. Peneman warga tua amat diperlukan bagi memantau keselamatan dan kesihatan mereka atau sekadar hanya untuk menemani dan memberikan bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian.

Perkhidmatan penjagaan warga tua ini termasuk light housekeeping (pengemasan ringan di rumah), bantuan dalam menguruskan kehidupan seharian, dan sudah semestinya companionship (peneman). Sekiranya ahli keluarga, rakan, atau orang yang dikasihi menikmati kehidupan berseorangan di rumah tetapi bergelut dengan aktiviti seharian, perkhidmatan penjagaan dan peneman adalah penyelesaiannya.

 

Teman-CARE akan menguruskan keperluan harian mereka dengan penjagaan yang khusus dan akan turut bersama mereka sepanjang tempoh untuk menawarkan bantuan dan sokongan. Perkhidmatan peneman kami serta pengasuh yang penyayang dan berdedikasi akan sentiasa bersama orang yang tersayang tanpa mengira jarak dan masa. Sekiranya anda memilih Teman-CARE menyediakan penjagaan dan peneman untuk orang yang tersayang, anda akan mengetahui bahawa anda telah menyediakannya dengan perkhidmatan penjagaan terbaik yang sedia ada.

Kecantikan & Kesihatan

* Pakej Spa

* Bekam

* Manicure & Pedicure

* Rawatan rambut

* Rawatan muka

* Potong rambut

* Pakej berpantang

* Dan lain-lain

Light Housekeeping

* pengemasan dan pengurusan rumah

laundry help (basuh, lipat, sidai dan kemas pakaian)

* menyapu dan mop lantai di dalam rumah

* berkebun

* memastikan tandas dalam keaadaan baik dan selamat

* mengemas cadar dan katil

* dan lain-lain

Peneman

Menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan kepada pelanggan terutama warga tua dan orang kurang upaya agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. Kami akan memastikan mereka selesa dan sentiasa terhibur. 

Perkhidmatan Pengangkutan

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan, menemani serta mengiringi pelanggan (warga tua atau kurang upaya) dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selamat. Contoh: menemani ke hospital, klinik, bank, pasar, dan lain-lain bergantung kepada permintaan pelanggan.

Kadar Harga

Caj Bayaran / Jam

Kami mengenakan caj bayaran serendah RM25 sejam. Caj tersebut merangkumi servis berikut:

  • Menemani pelanggan sepanjang tempoh perkhidmatan

  • Mengiringi dan menemani pelanggan sepanjang tempoh bagi menawarkan bantuan dan sokongan

  • Light housekeeping

  • Bantuan dalam pengendalian aktiviti harian

Fleksibiliti

Kami beroperasi 24/7 dan tidak mengenakan caj tambahan untuk:

  • Hari minggu / cuti umum

  • Light housekeeping

Dan kami juga menawarkan promosi istimewa sepanjang tahun

Mudah

  1. Hubungi atau mesej kami untuk membuat tempahan

  2. Kami akan membuat pengaturan dengan caregiver (peneman) yang sedia ada.

  3. Perkhidmatan dikenakan secara automatik ke invois anda. Tips tidak diperlukan.

* Caj yang berbeza sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami. Caj bayaran ini tidak merangkumi bayaran tol / parking / permintaan tambahan dari pelanggan (contoh: makan dan minum, pembelian barang, dan sebagainya)

* Caj yang berbeza sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan spa dan kecantikan

Temancare Price-page-001.jpg

Tempah sekarang!

Hubungi kami di talian 013-334 5668

Atau, mesej kami jika ada sebarang pertanyaan:

logo_black.jpg

Bandar Baru Bangi

43650, Selangor

© 2019 by Teman-CARE. 

  • Facebook Social Icon