Kenali Kami

Beberapa tahun yang lalu, selepas seorang rakan mengalami stroke yang teruk, En. Fahmy melihat keperluan akan pentingnya untuk menyediakan bantuan kepada orang kurang upaya dan warga senior dengan bantuan bukan perubatan (non-medical assistance), serta menemani mereka ke klinik/hospital. "Rakan saya tidak mempunyai keluarga di kawasannya dan dia perlu membuat pengaturan sendiri untuk memandu dari satu destinasi ke destinasi yang lain bagi menjalani rawatan khas, dan pada masa yang sama tidak mampu untuk pergi secara berseorangan," kata En. Fahmy. "Tambahan pula, dia juga memerlukan bantuan untuk mendapatkan temujanji doktor di sekitar kawasan Lembah Klang." Ini menyebabkan En. Fahmy mula memikirkan individu dan keluarga lain dalam situasi sama yang perlu membawa orang yang tersayang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Beliau sedar dengan generasi 'baby boomers' yang mula memasuki alam warga senior dan ianya semakin meningkat, lebih ramai di kalangan mereka yang memerlukan bantuan temujanji ke klinik/hospital dan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Di Teman-CARE, kami merupakan beberapa orang anak muda yang ingin membantu meringankan beban pelanggan terutamanya warga tua dan yang kurang berupaya. Kami menyediakan perkhidmatan peneman dan penjagaan yang khusus agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan bebas dan berdikari. Ianya merupakan alternatif yang terbaik apabila sahabat handai mahupun ahli keluarga tidak selalu ada untuk menjaga dan menyokong orang yang tersayang disaat umur mereka yang semakin meningkat. Peneman warga tua amat diperlukan bagi memantau keselamatan dan kesihatan mereka atau sekadar hanya untuk menemani dan memberikan bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian.

Perkhidmatan penjagaan warga tua ini termasuk 'light housekeeping' (pengemasan ringan di rumah), bantuan dalam menguruskan kehidupan seharian, dan sudah semestinya 'companionship' (peneman). Sekiranya ahli keluarga, rakan, atau orang yang dikasihi menikmati kehidupan berseorangan di rumah tetapi bergelut dengan aktiviti seharian, perkhidmatan penjagaan dan peneman adalah penyelesaiannya. Teman-CARE akan menguruskan keperluan harian mereka dengan penjagaan yang khusus dan akan turut bersama mereka sepanjang tempoh untuk menawarkan bantuan dan sokongan. Perkhidmatan peneman kami serta pengasuh yang penyayang dan berdedikasi akan sentiasa bersama orang yang tersayang tanpa mengira jarak dan masa. Sekiranya anda memilih Teman-CARE menyediakan penjagaan dan peneman untuk orang yang tersayang, anda akan mengetahui bahawa anda telah menyediakannya dengan perkhidmatan penjagaan terbaik yang sedia ada.

Armada Teman-CARE

Tempah sekarang!

Hubungi kami di talian 013-334 5668

Atau, mesej kami jika ada sebarang pertanyaan:

logo_black.jpg

Bandar Baru Bangi

43650, Selangor

© 2019 by Teman-CARE. 

  • Facebook Social Icon